Building Control One Data System (Br1D) merupakan sistem perekodan dan penyimpanan maklumat fail pelan bangunan, pemeriksaan berkala dan urbanisasi secara atas talian yang digunapakai
sepenuhnya oleh Jabatan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Br1D merangkumi proses pendaftaran fail bangunan, pengeluaran Kertas Perakuan, Kelulusan Pelan Bangunan(KPB), Kebenaran Mendirikan Bangunan(KMB), Borang B, penandaan lokasi bangunan di peta GIS, penerimaan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC),
pemantauan dan penguatkuasaan tapak bina, penguatkuasaan pemeriksaan bangunan secara berkala dan bangunan usang.
Objektif sistem ini adalah untuk penyimpanan rekod yang lebih teratur dan selamat, pemantauan dan penguatkuasaan fail bangunan yang lebih berkesan,
pengesanan lokasi bangunan yang lebih tepat di tapak dan penjanaan laporan yang lebih tersusun serta terperinci.

Log Masuk